spot_img
HomeAutoJPJ lancar Operasi Khas Motosikal Tahun 2023 - laksana SJR, snap verify...

JPJ lancar Operasi Khas Motosikal Tahun 2023 – laksana SJR, snap verify hingga 30 September – paultan.org | The Global Today

Pada 2 September lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah melancarkan Operasi Khas Motosikal Tahun 2023. Di mana operasi ini akan dilaksanakan selama sebulan iaitu hingga 30 September 2023 di seluruh negara.

Menurut JPJ, operasi ini adalah untuk membudayakan pematuhan undang-undang serta memupuk rasa bersalah apabila melakukan pelanggaran peraturan-peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah–kaedah di bawahnya khususnya kesalahan yang menjadi punca utama kepada kemalangan maut seperti tingkah laku berisiko tinggi dan tidak wajar yang turut membahayakan pengguna lain.

Kick off operasi ini telah dilaksanakan di LRT Puchong Perdana, yang turut dihadiri oleh Datuk Lokman Jamaan, Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ, dengan strategi tindakan penguatkuasaan yang memfokuskan kepada lokasi tumpuan di bandar Shah Alam, Cyberjaya, Petaling Jaya dan Subang Jaya melibatkan pelanggaran arahan lampu isyarat dan tidak memakai topi keledar.

Sekatan Jalan Raya (SJR) dan snap verify yang dilaksanakan bagi menumpukan pelbagai kesalahan utama penunggang dan pembonceng motosikal di kawasan midpoint sekitar Puchong. Hasil daripada operasi tersebut, JPJ telah memeriksa sebanyak 1,302 buah motosikal dan 691 buah motosikal telah diambil tindakan. Sebanyak 642 Notis Saman P telah dikeluarkan dan 205 motosikal yang telah disita.

“Strategi tindakan penguatkuasaan adalah untuk mendidik masyarakat pengguna jalan raya untuk sentiasa mematuhi peraturan dan berhemah semasa memandu serta memupuk nilai selamat untuk mengawal sikap serta mengelak risiko dan kecuaian. JPJ turut menasihati penunggang dan pembonceng motosikal untuk sentiasa mematuhi undang-undang & peraturan jalan raya serta bertoleransi bersama pengguna jalan raya yang lain demi keutamaan keselamatan ketika di jalan raya,” kata JPJ.

Orang awam boleh melaporkan aduan secara terus atau actual time dengan menggunakan aplikasi MyJPJ e-aduan@jpj atau e[email protected] beserta dengan butiran lengkap aduan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.


#JPJ #lancar #Operasi #Khas #Motosikal #Tahun #laksana #SJR #snap #verify #hingga #September #paultan.org

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Skip to toolbar